Tuesday, January 15, 2008

Bila Izrail Dtg Memanggil..

Bila Izrail dtg memanggil, jasad terbujur di pembaringan.
Seluruh tubuh akan menggigil, sekujur badan nan kedinginan.
Tiada lagi gunanya harta, kawan karib, sanak saudara.
Jikalau ada amal di dunia, itulah hanya pembela kita.

Jgnlah mau disanjung, engkau digelar manusia agung.
Sedarlah diri tahu diuntung, sebelum masa keranda diusung.
Dtg masanya insaflah diri, selimut putih pembalut badan.
Tinggal semua yg dikasihi, berbujanglah hidup sepanjang zaman.

Amaran: bendalah ni digam di m'sia.

Friday, January 11, 2008

Kenapa Muslimah Kita Tidak Berpakaian Syar'ie ?

Assalamualaikum,

Disebabkan saya menaiki komuter setiap hari menuju ke tempat kerja menyebabkan seringkali saya berpeluang menemui dan melihat pelbagai gelagat muslimah dari segi pakaian dan pernampilan yang berbagai rupa. Sudah sekian lama saya tidak pulang ke Malaysia, maka sebulan dua ini menjadi satu pengalaman baru dan sebuah realiti yang perlu saya terima apabila melihat cara pemakaian dan penampilan masyarakat wanita Islam Malaysia.

berikut ialah apa yang saya terlihat sekalipun puas berusaha tidur di dalam komuter ;

1) Bertudung - tetapi tudungnya singkat, atas paras dada menampakkan bonjolan buah dada

2) Berseluar - seluarnya ketat dan menampakkan bentuk badan

3) Berbaju kemeja - Kemeja pun singkat dan ketat, kain kemeja itu tidak pun menutup atau dilabuhkan sehingga menutup bahagian kemaluan depan atau belakang. kalaulah zip terbuka mesti dapat diketahui oleh orang.

4) Berbaju T-Shirt dan berlengan pendek - menampakkan lengan dan sikunya yang sesetengahnya lengan berbulu.

5) Baju kurung - tersangat ketat, menampakkan bentuk badan, menampakkan pingan yang langsing, bahagian dada yang dipersempitkan, dan warna warni yang cukup menarik perhatian.

6) Skirt - Selalu memakai skirt yang singkat menampakkan betis dan sesetengahnya suka memakai skrit terbelah yang boleh kelihatan bahagian dalaman apabila duduk di dalam komuter.

7) Seluar jeans - cukup ramai wanita memakai seluar jeans sekalipun ianya ketat, menampakkan bentuk tubuh badan, dan mengikut shape potongan kaki.
berikut ialah jenis pekerjaan muslimah yang kebanyakkannya berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna ;

a) pekerja kilang atau buruh - suka memakai seluar jeans dan T-shirt lengan pendek dan tudung singkat. semua saleswomen di pasaraya pakai macam ini, jurujual di kedai-kedai dan lain-lain.

b) pekerja kerajaan - suka memakai baju kurung ketat, mengikut potong badan, macam kerengga di pingang, suka pakai kasut tinggi terhuyung-hayang berjalan, tudung selalu singkat atas dada sehingga menonjolkan bentuk buah dada.

c) pekerja swasta - suka memakai gaya bebas, kalau yang muda selalunya jeans dan kemeja atau t-shirt dengan seluar kain yang ketat bewarna hitam. ada yang berpangkat akan memakai baju kurung atau kebaya yang ketat. kebanyakkannya tidak memakai tudung.
ini ialah berdasarkan pemerhatian saya sahaja...

kalau mengikut teori pihak tertentu, suruh bangunkan Islam dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat,kemudian baru negara...maka saya menyeru yang menerima teori ini supaya menasihati ahli keluarga kita yang terjebak di dalam kesalahan aurat ini agar mereka mendapat kefahaman aurat yang sahih.

sekiranya anda memerlukan bantuan saya sila beritahu...

juga kepada mereka yang mengikut teori kena bina negara dahulu dan mesti tegakkan hukum dan undang-undang islam supaya berkuasa ke atas rakyat dan mampu mengubah sistem dan peraturan berpakaian dan etika kod kerja di swasta dan kerajaan serta lain-lain.
maka nasihat saya dimohon supaya anda lebih gigih lagi berusaha menjayakan misi membina kuasa dan kekuatan islam di tanahair ini dan sekiranya anda juga memerlukan bantuan saya sila beritahu apa yang dapat saya bantu..

biar apa pun teori anda tentang cara pelaksanaan Islam...kita bersetuju aurat wanita muslimah perlu dijaga dan kefahaman yang salah terhadap maksud aurat itu perlu diperbetulkan. sampai bila ?

sampai bila, harus kita melihat orang perempuan atau muslimah kita berusaha memakai tudung dan mengenakan pelbagai tudung yang mahal harganya tetapi tetap memakai seluar jeans ketat dan memakai skirt yang menampakkan betis kaki ?

sampai bila... kita hendak membiarkan kefahaman aurat hanya bermaksud menutup rambut ?

emran ahmad
bekas ustaz

Dipetik dari:
http://www.al-ahkam.net/

Thursday, January 10, 2008

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN?????

Assalamu'alaikum wrbt..
Awal Muharram merupakan merupakan bermulanya tahun baru di dalam kalender Islam. Masyarakat kita telah didedahkan semenjak zaman berzaman lagi upacara membaca doa awal tahun dan akhir tahun. . Yang agak sedihnya adalah terdapatnya semacam janji syaitan kepada si pengamal doa ini bahawa : "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun." dan juga "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan".

Kata-kata siapakah ini? Apakah kata-kata dari manusia biasa boleh dijadikan sebagai hujah fadilat sesuatu amalan lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan aqidah? Sudah tentu sekali tidak boleh sama sekali. Perkara yang berkaitan dengan fadilat amal, dosa, pahala dan semua perkara yang berkaitan dengan akidah tidak boleh berhujah atau diambil dari kata-kata manusia biasa yang tidak maksum, meskipun ia merupakan seseorang yang begitu alim dan warak di dalam selok belok agama. Hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang berhak.

Yang paling menyedihkan sekali, kata-kata yang terkandung di dalamnya janji-janji syaitan itu disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Tetapi sayangnya ujaran kata-kata di atas tidak terdapat di dalam kitab-kitab yang menghimpun hadith-hadith baginda s.a.w seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Nasa’ie, Sunan Ibnu Majah, Musnad Imam Ahmad, Sahih Ibnu Hibban, Sahih Ibnu Khuzaimah dan lain-lain lagi. Maka jelaslah bahawa fadilat doa awal dan akhir tahun adalah palsu dan batil serta tidak boleh sama sekali disandarkan kepada Nabi s.a.w. Ketahuilah bahawa di situ terdapat amaran keras daripada Rasulullah s.a.w bagi sesiapa yang menyandarkan sesuatu perkara yang bukan dari baginda, Sabdanya:
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Berdasarkan hadith di atas, para ulama hadith menekankan bahawa haram beramal dan menyebarkan hadith-hadith palsu apatah lagi disandarkan kepada baginda s.a.w bagi sesiapa yang mengetahui status kepalsuannya, seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Ibnu al-Solah di dalam karangannya ‘’Ulum al-Hadith’ m.s 98:
“Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadith palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya”.

Al-Imam an-Nawawi juga menjelaskan hukum berkenaan dengan hadith palsu di dalam mukaddimah karangannya ‘Syarh Sahih Muslim’:
“Haram meriwayatkan sesuatu hadith palsu bagi orang yang mengetahui bahawa hadith itu maudhu' atau dia hanya menyangka hadith ini palsu. Siapa yang menceritakan hadith yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya palsu serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad SAW di antara hadith tentang hukum-hukum dan hadith yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadith yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadith-hadith nasihat dan lain lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam.”

Seterusnya an-Nawawi berkata lagi: " Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga.".

Selain itu, kebatilan riwayat doa tersebut dan fadilatnya dikuatkan dengan tiada riwayat yang menyatakan amalan ini diamalkan oleh golongan salafussoleh yang terdiri dari golongan sahabat dan tabi’ien. Jika benar amalan ini dari Rasul dan digalakkan di dalam Islam, nescaya para sahabat dan tabi’ien berlumba-lumba untuk melakukannya demi mengarap kebaikan disebalik amalan tersebut yang kononnya hebat fadilatnya. Begitu juga tiada riwayat yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w dan para sahabat r.a membaca doa tersebut secara berjemaah dan beramai-ramai. Apa yang thabit dari baginda s.a.w dan para sahabat r.a adalah membaca doa secara bersendirian.
Berasaskan minda yang terbuka, tidak ada salahnya membaca doa ini, kerana maknanya pun tidak menyalahi syarak. Kita tidak perlu terhad kepada kaifiat yang didatangkan bersama-sama doa ini, seperti kaifiat doa awal tahun hendaklah di baca selepas Magrhrib 1 Muharram. Disebabkan maknanya baik, tidak kiralah waktu dan hari apapun, baca sahajalah doa ini dengan mengharapkan Allah mengkabulkan doa tersebut.
Semua orang maklum bahawa doa tidak perlu terhad kepada apa yang terdapat dari al-Quran dan hadith-hadith Nabi saw sahaja. Ia merupakan manifestasi keikhlasan dan kesungguhan si pemintanya yang dilahirkan dari suara hati dan bait-bait perkataan. Asalkan ia tidak menyalahi syarak dan keterlaluan, maka bacalah apa sahaja doa yang kita hajati.
Abu Ruqayyah
------------ --------- --------- --
p/s: artikel ini tiada kaitan dengan sesiapa, ia hanya bertujuan untuk memupuk sikap saling ingat mengingati antara sesama muslim dan memberi tahu kepada yang tidak tahu. Semoga kita semua diberkati oleh Allah s.w.t.

Tuesday, January 08, 2008

Gelang Magnet

Assalamu'alaikum wrbt.

Rakan-rakan sekelian, Tempoh hari(Sabtu 5/1/08) majlis tazkirah telah berlangsung dengan baik dan jayanya di kediaman rasmi saudara Zaini Abbas yang dianjurkan oleh saudara Zaini sendiri bagi pihak MCCH. Setelah program tazkirah berjalan, sesi bertukar-tukar pendapat dan fikiran berlangsung di antara para hadirin pada malam itu.

Antara topik yang agak hangat dibincangkan pada malam tersebut iaitu penggunaan 'gelang magnet' bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis.Salah seorang dari kalangan hadirin pada malam itu mengemukan bahawa terdapat sebuah hadith Nabi s.a.w melarang seorang sahabat yang memakai gelang kerana bertujuan perubatan. Selain itu juga ada yang melontarkan pendapat bahawa pemakaian gelang oleh golongan lelaki merupakan satu unsur menyerupai kaum wanita yang diharamkan oleh agama berdasarkan larangan yang jelas yang pernah disabdakan oleh Baginda s.a.w. Namun begitu ia tidak dikira sebagai pelanggaran ke atas syarak jika pemakaian gelang magnet adalah bertujuan perubatan yang telah dibuktikan oleh kajian saintifik.Yang menjadi pokok permasalahan sebenar pada malam itu, ianya berbalik kepada larangan memakai gelang oleh Nabi s.a.w bagi bertujuan perubatan sepertimana hadith yang telah disebutkan oleh salah seorang rakan di dalam majlis tersebut. Walaubagaimana pun masalah telah diselesaikan hasil perbincangan antara rakan-rakan yang hadir pada malam tersebut di samping perkongsian maklumat bersama pen'tazkirah' .Jadi, di sini saya ingin bawa maklumat tentang maksud sebenar hadith di atas untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang tidak hadir pada majlis tersebut atas keuzuran-keuzuran tertentu.

Imam Ahmad bin Hanbal telah meriwayatkan sepotong hadith di dalam Musnadnya demikian juga Ibn Majah di dalam Sunannya. Hadith ini diriwayatkan daripada 'Imran bin Husain yang berbunyi:Maksudnya, Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: "Apakah ini?" Orang itu menjawab: "ianya daripada al-Wahinah." Sabda Nabi saw: "Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya. "

Dalam hadith ini tidak disebut siapakah lelaki yang memakai gelang tersebut, namun di dalam al-Mustadrak al-Hakim dinyatakan lelaki tersebut ialah 'Imran bin Husain sendiri.
Tentang hadith ini para ulama berbeza pendapat akan kesahihannya. Hadith ini diriwayatkan daripada al-Hasan daripada 'Imran bin Husain. Para ulama berbeza pendapat apakah al-Hasan benar-benar mendengar daripada 'Imran bin Husain ataupun tidak. Demikian juga di dalam hadith ini ada periwayat yang bernama Mubarak bin Fadhalah, ia juga diperselisihkan di kalangan ulama hadith. Kesimpulannya para ulama tidak sepakat dalam mensahih dan mendhaiffkan hadith ini.

Jika kita mengambil pendapat ulama hadith yang mensahihkan hadith tersebut, tinggal kepada kita untuk benar-benar memahami maksudnya sehingga kita boleh berhukum dengannya dengan cara yang betul. Perkara ini perlu supaya kita tidak keras mengharam sesuatu yang sebenarnya tidak haram seperti yang kita sangka.

Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan menyebut, pertanyaan Nabi saw: "Apakah bendanya ini." Yang zahir, pertanyaan ini adalah pertanyaan yang menunjukkan pengingkaran, namun dikatakan juga pertanyaan Nabi saw itu adalah untuk mengetahui tujuannya memakai gelang tersebut.

Manakala jawapan lelaki tersebut: "ianya daripada al-Wahinah." Membawa maksud, aku memakainya untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk dia melindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al-Wahinah). Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan di kalangan orang Arab dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaan mereka memakai gelang untuk berlindung daripada kesakitannya dan mereka percaya gelang tersebut akan melindungi dari penyakit tersebut.
(Rujukan:
http://www.alfawzan .ws/AlFawzan/ Library/tabid/ 90/Default. aspx?view= page&PageID=35&pageno=1&bookid=32&sectionid=2)

Al-Syeikh 'Abdul Hakim (Kuliah al-Syariah Uni. Al-Imam Muhammad bin Saud, Arab Saudi) di dalam laman islamtoday berkata: Para ulama berbeza pendapat tentang maksud al-Wahinah, namun mereka bersepakat akan illah (sebab) larangan tersebut… Ulama telah bersepakat bahawa illah (sebab) larangan tersebut ialah kerana orang menjadikannya (al-Wahinah) seperti tangkal, yang terdapat larangan menggantungnya.
(Rujukan:
http://www.islamtod ay.net/questions /show_question_ content.cfm? id=43737)

Berdasarkan fatwa ini, ia menunjukkan larangan memakai al-Wahinah yang ada di dalam hadith tersebut bukanlah semata-mata kerana ianya gelang, dan bukan juga larangan dari berubat dengan gelang. Sebaliknya larangan tersebut disebabkan ia dipakai dan dianggap seperti tangkal bertujuan memelihara diri dari penyakit. Tangkal yang dianggap boleh berubat ini, yang dinamakan sebagai al-Wahinah oleh orang Arab tidak ada sebarang bukti menunjukkan ia boleh menghalang dari penyakit samaada bukti dari Nas Syara' (al-Quran atau al-Hadith) mahupun penemuan sebab-sebab dia boleh bertindak sebagai ubatan. Kerana itu ia dilarang oleh Nabi saw. Ringkasnya larangan itu adalah disebabkan tangkal yang tidak ada bukti berperanan sebagai pengubat melainkan khayalan dan khurafat semata.
(Rujukan tambahan: http://al-qayyim.
dtdns.net/ v01/)

Wallahu A'lamAbu_Ruqayyah
12, Daimler St.