Ibnu Hajar Al Asqalani dilahirkan pada tanggal 22 sya’ban tahun 773 Hijriyah di pinggiran sungai Nil di Mesir. Nama sebenar beliau adalah Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Mahmud bin Ahmad bin Hajar Al-Kannani Al-Qabilah yang berasal dari Al-Asqalan. Namun ia lebih masyhur dengan jolokan Ibn Hajar Al Asqalani. Ibnu Hajar bererti anak batu sementara Asqalani adalah nisbat kepada ‘Asqalan’, sebuah kota yang masuk dalam wilayah Palestina, dekat Ghuzzah.
Suatu ketika, saat beliau masih belajar di sebuah madrasah, ia terkenal sebagai murid yang lembab, selalu tertinggal jauh dari teman-temannya. Bahkan sering lupa dengan pelajaran-pelajaran yang telah di ajarkan oleh gurunya di sekolah yang membuatnya patah semangat.
Beliau memutuskan untuk pulang meninggalkan sekolahnya. Di tengah perjalanan pulang, dalam kegundahan hatinya itu, hujan tiba2 turun dengan sangat lebatnya, mamaksa dirinya untuk berteduh di dalam sebuah gua. Ketika berada di dalam gua pandangannya tertuju pada sebuah titisan air yang menitis sedikit demi sedikit jatuh melubangi sebuah batu, beliau takjub hairan. Melihat kejadian itu beliau merenung, bagaimana mungkin batu itu mampu dilubangi hanya dengan titisan air. Ia terus mengamati tetesan air itu dan mengambil sebuah kesimpulan bahwa batu itu berlubang karena tetesan air yang terus menerus. Dari peristiwa itu, beliau sedar bahwa betapapun kerasnya sesuatu jika ia di asah trus menerus maka ia akan manjadi lunak. Batu yang keras pun boleh dilubangi oleh tetesan air apalagi kepala ku yang tak sekeras batu. Jadi kepalaku ini tentu boleh menyerap segala pelajaran jika disusuli dengan ketekunan, rajin dan sabar, InsyaAllah.
Sejak saat itu semangatnya pun kembali tumbuh lalu beliau kembali ke sekolahnya dan menemui Gurunya dan menceritakan pristiwa yang baru saja ia alami. Melihat semangat tinggi yang terpancar dijiwa beliau, gurunya pun berkenan menerimanya kembali untuk menjadi murid di sekolah itu.
Sejak saat itu perubahan pun terjadi dalam diri Ibnu Hajar. Beliau manjadi murid yang tercerdas malampaui teman-temannya yang telah manjadi para Ulama besar dan beliau sendiri muncul menjadi ulama tersohor dan memiliki banyak karangan dalam kitab-kitab yang terkenal kita seperti Fathul Baari Syarh Shahih Bukhari, Bulughul Marom min Adillatil Ahkam, al Ishabah fi Tamyizish Shahabah, Tahdzibut Tahdzib, ad Durarul Kaminah, Taghliqut Ta’liq, Inbaul Ghumr bi Anbail Umr dan lain-lain. Bahkan menurut muridnya, yaitu Imam asy-Syakhawi, karya beliau mencapai lebih dari 270 kitab. Arakian dari peristiwa itu, beliau dikenali sebagai si anak batu.
Semoga kisah ini memberi motivasi kepada kita semua. InsyaAllah.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sampai ia sendirilah yang mengubah keadaan mereka sendiri” ( QS. Ar Rad : 11 ).
Tenanghati berharap kita sama2 dpt tenangkan hati, tauladan dan petunjuk Allah Yg Maha Esa. Insyaallah.. Dari Abi Umamah al-Bahiliy: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.” [HR. al-Tirmizi. Dishahihkan oleh Al Albani]
Sunday, November 13, 2016
Sunday, November 06, 2016
IBLIS, JIN, SETAN... Apakah perbezaannya?
Para ulama’ berbincang panjang tentang perbezaan yang wujud di
antara iblis, syaitan dan jin. Kita boleh merujuk perbincangan tersebut
dalam kitab tafsir al-Tabari, al-Qurtubi dan lain-lain. Namun, secara
ringkasnya boleh dinyatakan bahawa jin merupakan makhluk Allah yang
diberi tanggung jawab memperhambakan diri kepada Allah seumpama manusia.
Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud: Dan (ingatlah)
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadat kepadaKu.
Justeru, jin adalah seumpama manusia dari
sudut keimanan dan kekufuran. Oleh itu, terdapat dalam kalangan jin
golongan yang Islam, soleh, kafir, fasik, munafik dan sebagainya. Firman
Allah dalam surah al-Jinn ayat 11 bermaksud: "Dan sesungguhnya di
antara kami (jin) ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang
tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza."
Jin merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Firman Allah
dalam surah al-Hijr ayat 27 bermaksud: "Dan kami telah menciptakan jin
sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”
Manakala iblis pula
ialah makhluk Allah yang derhaka dari kalangan jin. Al-Quran telah
menyatakan dengan jelas bahawa Iblis adalah daripada jenis jin. Firman
Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50, bermaksud: "Dan (ingatkanlah
peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada
Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari
golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu,
Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai
sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang
mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah Iblis itu sebagai
pengganti bagi orang-orang yang zalim."
Manakala syaitan pula
adalah golongan yang engkar dari kalangan jin dan manusia. Firman Allah
SWT dalam surah al-An`am ayat 112 bermaksud: "Dan demikianlah Kami
jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan
jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata
dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan
jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu,
biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang
kufur dan dusta) itu."
Menurut al-Raghib al-Asfahani dalam
Mufradat Alfaz al-Quran, perkataan syaitan bermaksud ‘menjauhkan’. Oleh
itu, syaitan terdiri daripada golongan jin dan manusia yang cuba
menjauhkan serta menyesatkan hamba Allah daripada memperhambakan diri
kepada-Nya dengan digunakan pelbagai cara dan tipu daya. Syaitan dalam
kalangan jin ialah anak cucu kepada iblis, dan mereka sentiasa berusaha
untuk menyesatkan manusia. Boleh dikatakan bahawa syaitan anak cucu
iblis ini merupakan golongan ‘mafia’ yang engkar dan sesat serta
berusaha untuk menyesatkan orang lain. Syaitan berusaha melakukan
‘peperangan’ dengan anak cucu Adam sebagai balas dendam atas pengusiran
nenek moyang mereka iblis dari syurga ekoran keengganan untuk sujud pada
nabi Adam.
Firman Allah dalam surah al-A`raf ayat 16-17
bermaksud: "Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan
daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat
menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus; "Kemudian aku
datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari
kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati
kebanyakan mereka bersyukur". Menurut Ibn Qayyim maksud "jalan yang
lurus" di dalam ayat di atas ialah Islam ialah jalan yang membawa kepada
Allah SWT. Ini bersesuaian dengan hadith yang bermaksud: Sesungguhnya
syaitan akan menghalang anak Adam pada semua jalan.
Ibn Qayyim
menyatakan lagi: "Jalan yang dilalui oleh manusia hanya empat; kanan,
kiri, depan atau belakang. Mana-mana jalan yang dilalui, syaitan
sentiasa menunggunya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan
ketaatan, syaitan akan menghalangnya dan melambat-lambatkannya. Jika dia
melalui jalan itu untuk melakukan maksiat, syaitan akan mengalu-alukan
dan membantunya. Kalau perlu untuk masuk dari bawah (demi menyesatkan
manusia), syaitan pun akan melakukannya".
Jelaslah bahawa posisi
depan dan belakang yang dinyatakan itu memberi gambaran bahawa syaitan
akan berusaha untuk menghasut manusia melakukan kejahatan dan menghalang
manusia daripada melakukan kebaikan dari segenap penjuru yang ada pada
manusia. Bahkan di dalam ayat al-Quran al-Karim yang lain menggambarkan
bahawa syaitan akan memerangi habis-habisan untuk menyesatkan manusia
dengan menggunakan keupayaan yang ada padanya. Allahualam.
[Pencerahan dari Ust. Syauqi Othman, UPM]
Subscribe to:
Comments (Atom)