Wednesday, December 28, 2005

Istilah telekomunikasi

3G

Merupakan singkatan kepada teknologi komunikasi bergerak berkelajuan tinggi generasi ketiga yang muncul selepas 1G (1980) dan 2G (1990).

3G membolehkan pengguna menikmati kelebihan multimedia dan menawarkan capaian kepada Internet pada kelajuan sehingga 2 megabait sesaat (2Mbps).


Wideband-CDMA (WDCMA)

Ia digunakan untuk asas sistem 3G berasaskan kepada standard telekomunikasi yang menyokong kelajuan capaian di antara 384 Kbps dan 2 Mbps.


WiMAX

WiMAX atau juga dikenali sebagai rangkaian kawasan metro wayarles merupakan standard teknologi tanpa wayar dengan capaian yang tinggi kepada sambungan jalur lebar secara jarak jauh.


HSDPA

Teknologi ini merupakan evolusi daripada standard 3G akses pelbagai divisyen kod lebar jalur (W-CDMA) dan menggunakan modulasi berbeza untuk menawarkan kelajuan perpindahan data yang lebih pantas.

HSDPA membenarkan perpindahan data itu sehingga 14 Mbps di samping peningkatan kepada kapasiti rangkaian dan boleh dilaksanakan pada kos yang rendah.


MIMO

Istilah ini adalah ringkasan kepada Multiple Input Multiple Output. Ia merupakan teknologi penghantaran/penerimaan melalui antena yang menggunakan teknologi standard IEEE 802.11n. Ia mampu meningkatkan sebanyak sekali ganda kelajuan teknologi wayarles sedia ada seperti kelajuan sehingga 108 Mbps untuk standard 802.11g.


Flash-OFDM

Ia merupakan teknologi telefon bimbit masa depan yang boleh menyokong kelajuan antara 1.5 Mbps sehingga 3.2 Mbps. Teknologi ini telah digunakan oleh T-Mobile di Republik Czech dan pelbagai ujian di seluruh dunia.


3GPlus

Ia merupakan teknologi rangkaian wayarles dan berwayar masa depan berasaskan teknologi OFDM (Orthogonal frequency-division multiplexing) yang telah diperkenalkan pada awal 1990-an untuk rangkaian WLAN.

Penggunaannya bersama MIMO akan meningkatkan kelajuan sehingga 1 Gigabit sesaat (Gbps) dan ia dijangka hanya dilaksanakan pada 2015.

No comments: