Tenanghati berharap kita sama2 dpt tenangkan hati, tauladan dan petunjuk Allah Yg Maha Esa. Insyaallah.. Dari Abi Umamah al-Bahiliy: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.” [HR. al-Tirmizi. Dishahihkan oleh Al Albani]
Thursday, April 19, 2012
Penemuan Sains terhadap gelombang otak dan kaitannya dgn solat berjemaah
Dunia semakin tua. Byk aktiviti yg dilakukan menyumbang kpd perubahan gelombang bumi. Semakin lama, dunia makin jauh berada di dlm gelombang beta. Maka utk menstabilkan semula diperlukan ramai org utk buat tawaf supaya tenaga itu naik dan gelombangnya rendah. Lagi ramai mengelilingi kaabah, tenaga naik, gelombang rendah dan elektromagnetnya kuat.
Penting gelombang rendah utk khusyuk dlm solat dan makbul doa. Istilah agama islam, afdal solat mengadap kiblat sbb di kaabah, electromagnet kuat, maka gelombang otak akan turun hingga ke zon makbul doa/khusyuk. Apabila gelombang otak berada pd theta, fikiran hanya focus pd satu perkara dan tidak sedar apa yg berlaku disekeliling.
Apabila gelombang kita rendah, hidup kasih saying, sentiasa ingat pd ALLAH.
Masalah sekarang, ramai yg solat mengadap kiblat tapi tidak juga rendah gelombangnya dan tidak makbul doanya. Nah! Di sinilah perlunya solat berjemaah.
Setiap org mempunyai gelombang otak yg berbeza2. Ada yg tinggi, ada yg rendah. Semasa solat berjemaah, gelombang otak boleh berpindah ke dpn, belakang, kiri dan kanan. Paling rapat adalah ke kiri dan kanan sbb itulah kena saling bersentuhan bahu. Gelombang yg tinggi menarik gelombang yg rendah, yg rendah naik sedikit, tapi dpt buat jariah membantu jemaah lain menurunkan gelombang dan merasa tenang. Gelombang theta, zon khusyuk solat.
Mengadap kiblat, gelombang jemaah dgn gelombang kaabah diharmonikan. Gelombang yg naik ketika pergerakan diturunkan dgn tamakninah. Dgn penyatuan gelombang2 ketika solat berjemaah menyebabkan gelombang elektromaknetik naik, menguatkan lagi penyatuan dan khusyuk dgn Yg Maha Pencipta.
Pd waktu subuh dan dhuha, gelombang alam berada di dlm delta, tahap gelombang paling rendah. Sbb itu kita sgt dititik beratkan dgn solat subuh berjemaah di masjid, dibuka pintu2 dan tingkap2 rumah agar gelombang di luar dan dlm rumah menjadi rendah dan stabil. Kerana itu apabila sang suria memancarkan cahayanya ke arah gelombang yg rendah, menyebabkan cahaya tersebut menghasilkan tenaga vitamin D utk diserap tenaganya oleh alam sekitar termasuk manusia dgn izin Allah. Pd waktu Asar, gelombang juga dlm tahap theta yg rendah. Tapi, waktu ini singkat. Lepas waktu asar, gelombang akan naik mendadak tinggi menjadi beta pd penghujung asar. Itulah saatnya syaitan berkeliaran kerana gelombang itu selaras dgn gelombang syaitan. Sbb itu nabi suruh kita tutup pintu2 dan tingkap2 rumah agar gelombang ini tidak naikkan gelombang dlm rumah dan tak dibenar keluar waktu maghrib especially anak2 kita tu.
Dahsyat kan? Patut la nabi Muhammad SAW pernah bersabda yg lebih kurang berbunyi,
“Jika kamu tahu kelebihan solat berjemaah di masjid, pasti kamu mendatanginya walaupun terpaksa merangkak!”
Patut la nabi just bagitau spt ini 1400 thn dahulu sbb susah nak explain kenapa. Dgn kecanggihan sains di zaman ini, barulah kita tahu betapa besarnya kelebihan solat berjemaah di masjid. Dan benarlah ulamak merungkaikan bahawa kita tidak dpt membebaskan Palestin selagi solat subuh berjemaah di masjid tidak seramai spt solat jumaat berjemaah. Bermakna pd waktu itu, gelombang delta yg paling rendah akan dpt menyatukan semua jemaah ke arah hanya menyerahkan diri kpd Allah secara total, khusyuk dan iman yg mantapp!! Pd ketika inilah umat islam berada dlm keadaan yg paling GAH dan hebat, bersedia utk berjihad utk memertabatkan semula islam di atas muka bumi ini. Insyaallah.
Rujukan lanjut:
1. http://www.gelombangotak.com/teknologi_gelombang_otak.htm
2. Zainuddin, Zainal Abidin and Zulkapri, Izwyn (2011) Aktiviti gelombang otak semasa rehat, sudoku dan selepas simulasi perlawanan taekwando. Jurnal of Educational Social Science, 1 (5). pp. 1-20. ISSN 2231-7333
3. http://www.hypnosis45.com/gelombang_otak.htm
Thursday, April 12, 2012
Bala dtg dan pergi..
Mmg lumrah apabila bala dtg, kita dapati ramai org merasa cemas, takut dan bimbang. Lalu mereka tersentak, tersedar dan teringat kpd Yg Maha Berkuasa. Maka, ramailah di antara kita mencari org2 alim utk mendoakan mereka, menuju masjid2 yg terbukti beberapa kali diselamatkan Allah masjid2 itu dari bala bencana yg mendatang.. Mereka yakin tidak lain hanya Allah yg boleh selamatkan mereka.
Walau bagaimanapun, apabila bala bencana telah reda, mereka kembali kufur, lupakan Allah, membuat maksiat dan meninggalkan syariat Islam. Masjid2 kembali sepi dan kosong. Kesedaran dan hidayah itu hanya bersifat sementara. Alangkah ruginya. Kecuali mereka yg berterusan dlm perubahan, kembali ke pangkal jln, mereka itulah org2 yg mendapat petunjukNya. Fenomena dan situasi ini telah dinyatakan Allah dlm al-Quran surah Yunus ayat 22-25:
-
(22) Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur".
(23) Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (Dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian kepada kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu telah lakukan.
(24) Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).
(25) (Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).
(23) Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (Dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian kepada kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu telah lakukan.
(24) Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).
(25) (Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).
Wednesday, April 11, 2012
Antara sbb2 Allah menimpakan gempa bumi dan ombak besar / tsunami pd kaum terdahulu
Sbb2 ini diambil pengajaran dan teladannya dari Al-Quran. Allahualam..
Surah Hud:
(38) Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu, dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat ia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: "Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu. (39) Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya di dunia, dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak". (40) (Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (41) Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (42) (Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir". (43) Anaknya menjawab: "Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air". Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya". Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.
Al-Ankabut:
(36) Dan (Kami utuskan) kepada penduduk Madyan saudara mereka: Nabi Syuaib; lalu ia berkata: "Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah, dan kerjakanlah amal soleh dengan mengharapkan pahala akhirat, dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi". (37) Maka mereka mendustakannya, lalu mereka dibinasakan oleh gempa bumi, serta menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.
Al-A’raf:
(75) Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaumnya berkata kepada orang-orang yang dipandang lemah iaitu orang-orang yang telah beriman di antara mereka: "Tahukah kamu bahawa Soleh itu diutus dari Tuhannya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami beriman kepada apa yang ia diutus untuk menyampaikannya". (76) Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya". (77) Maka mereka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: "Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)". (78) Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing. (79) Maka Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: "Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat".
(88) Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada ugama kami". Nabi Syuaib menjawab: "Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya? (89) "Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada ugama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim". (90) Dan berkatalah pula Ketua-ketua yang kafir dari kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai): "Sesungguhnya jika kamu mengikut Syuaib nescaya kamu dengan perbuatan yang demikian menjadilah orang-orang yang rugi". (91) Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing. (92) Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib (punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu. Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib, merekalah orang-orang yang rugi. (93) Kemudian Nabi Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu. Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu)". (94) Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur). (95) Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): "Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)". Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya. (96) Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (97) Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?
(152) Sesungguhnya orang-orang yang menyembah (patung) anak lembu itu, akan ditimpa kemurkaan dari Tuhan mereka dan kehinaan dalam kehidupan dunia. Dan demikianlah kami membalas orang-orang yang mengada-adakan perkara yang tidak benar. (153) Dan orang-orang yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan beriman, (maka) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (154) Dan apabila kemarahan Nabi Musa itu reda, dia pun mengambil Lauh-lauh Taurat itu yang dalam naskhahnya terkandung petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh takut kepada Tuhan mereka (daripada melanggar perintahNya). (155) Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.
Subscribe to:
Comments (Atom)
